Thursday 20 March 2014

Tips Melancong di Bandung

Sumber: http://dygsy009.blogspot.com/2013/11/tips-melancong-di-bandung-bandung-part-1.html





Assalamualaikum wbt,

first and foremost, sebelum melancong ke Bandung kek ke Jakarta kek, harusnya ada tips dong. hehe
selepas kami book tiket flight ke Bandung pada Mac 2013, fly November 2013, fuhh, lama betul.. sy pun geledah dan stalk blog blog orang termasukla blog korang. haha. 
semua tips sy kumpul dr blog dan kawan kawan yg sudah pernah ke sana.

Antara yg tips boleh sy kongsikan d sini ;

1. tak payah bawa baju banyak banyak. beli la baju I lop Bandung ka, baju d Factory Outlet ka (FO), bawa la 2-3 helai baju
2. bawa sweater (kalau ke Tangkuban Parahu) sebab d sana sangaaaat sejuk pd awal pagi terutama bahagian atas. angin pun kuat. bahagian jalan rayanya tu tak berapa sejuk, naik tengahri pun sejuk sikit ja. 
3. pakai beg kecil dan letak beg d depan. (wajib)
4. simpan Departure Card yg d beri oleh pramugari/pramugara semasa dalam flight ke Indonesia
5. sediakan senarai wang tukaran IDR - RM dan install Currency Converter d henpon
6. bawa beg kosong atau beli ja d tepi jalan yg kena jual tu, tapi kena pandai tawar la 
7. kalau ada orang lain (selain guide) yg offer mau tolong, tak payah layan, sebab semua pertolongan ada tips. 
8. kalau naik teksi, pilih teksi Blue Bird 
9. kalau rasa diri anda adalah seorang shopaholic, sila aktifkan pengeluaran antarabangsa awal awal. 
10. ubat. sangat penting terutama Panadol, ubat cirit birit dll. utk perut yg sensitif mcm sy, menyesal sy tak bawa ubat cirit birit. huu.
11. paling penting - Airport tax RP 150,000.00 utk yg balik melalui Airport Jakarta (Soekarno-Hatta) dan RP 75,000.00 (Airport Husien Sastranegara, Bandung)
12. masa d Tangkuban Parahu (TP), jangan takut dan jangan heran penjual akan ikut ke mana sahaja, yg penting, jangan layan or tawar sampai dapat paling murah. dorang jual barang d sana dgn harga yg tinggi
13. satu lagi tips penting d TP, kalau ada orang yg offer bawa pegi Kawah Domas, jangan ikut, tak memasal nanti keluar berjuta-juta rupiah korang kt dalam sana. 
14. kalau tak mau beli apa apa - jangan sentuh dan jangan tanya harga. kalau tak, dorang akan ikut korang sampai korang beli. 
15. oleh sebab orang Indonesia ni kebanyakkannya berbudi bahasa, jangan la tunjuk kekasaran bahasa dgn dorang yer.. serius sy nampak mereka sangat hormat dan ada sifat merendah diri serta sopan masa bercakap. tengok saja d jalan raya, kena hon tak pun dorang memaki. kalau d Malaysia, siap la keluar segala binatang yg d sebut. hoho. kan kan?
16. TP lagi, keychain TP hanya d jual d TP, jadi kalau mau beli, beli saja d gerai gerai dlm TP tu, d bandar or pasar lain takda jual tu keychain Tangkuban Parahu
17. shopping la awal pagi d Pasar Baru, biasanya peniaga akan kurangkan harga pada awal pagi, pecah telur katanya.. nasib kami la haritu pegi beli kain awal pagi. sangat. haha
18. tukar duit d Malaysia pun boleh d Indonesia pun boleh. masa sy tukar d Bandung, sy rasa tukaran d Bandung lebih banyak dr d Malaysia. heheh
19. bawa international-plug / travel adapter yg DUA pin sahaja. nasib la kalau korang dapat jumpa yg 3 pin tu. kebanyakkan hotel d Indonesia pakai 2 pin only.
20. bawa sentiasa pasport, IC, kartu kartu kredit, dokumen perjalanan dsb dlm beg korang.
21. bagi lelaki yg selalu letak dompet d belakang seluar, simpan la dlm beg or letak kt depan seluar plak. 
22. pegi oversea tak payah la tayang emas, berlian sangat. heheh
23. asingkan duit RP anda dlm sampul surat. contohnya, 1 sampul utk bayaran hotel, 1 lagi utk guide, 1 lagi utk makan, 1 lagi utk cukai airport, 1 utk belanja, 1 utk bayaran tiket masuk ke TP, Trans Studio dll. sy dah try dan sangat berguna cara ini!
24. tawar menawar sangat penting, tawar la sampai 50%-70% drp harga awal. kecuali kalau dorang kata "Harga Pass" atau "Harga Mati" jadi tak payah la korang tawar pula..
25. restoran dan hotel pasti mengenakan government tax
26. Hari Ahad sangat crowded d Bandung, sebab semua penduduk dr pelbagai negeri d Jawa datang ke Bandung utk shopping!
27. kebanyakkan mall, pasar, kedai jalanan akan buka pd jam 9.00 AM dan tutup 10.00 PM, Pasar Baru biasa tutup jam 5.00PM.
28. tempat tempat crowded macam d Pasar Baru, Tanah Abang, banyak pencopet, jadi letak beg d hadapan dan hati hati semasa membeli belah.
29. jangan bawa cecair (liquid) melebihi 1 liter sebelum naik flight ke luar negara
30. kalau ada peniaga mahu tengok pasport, jangan la baik hati bg tunjuk k. tak memasal dorang baik punyerr bagi naik harga. hihi
31. satu lagi tips berguna yg sy sediakan sendiri, check ramalan cuaca d sana, utk beberapa hari yg anda akan berada d sana. sangat berguna utk rancang aktivitas hari hari d sana. 
32. check juga waktu solat d sana, waktu solat Bandung berbeza dgn Jakarta, malah tempat lain d Indonesia pun berbeza waktu. mana mahu cari? google aja semuanya..
33. pastikan tinggalkan juga sikit duit RM masa d Indonesia, cara ini sy guna dan sangat berguna. masa tu sy ingat bakal kehabisan wang gara gara shopping so tukar RM 100, dapat la RP 300,000.00 sekali terbawa balik lah pulak 300K ni. spare utk bayar harga duti kastam kan. atau kalau terlebih muatan luggage. hihi

rasa nya ini dulu la yg boleh sy kongsikan, kalau teringat nanti, sy update lg la entry baru. heheh





Bandung Part 2 - 17 & 18.Nov.13

Assalamualaikum wbt,

bertemu kita pd entry Bandung yg seterusnya, iaitu PART 2. sy pun mau juga buat entry banyak banyak, haha

17.Nov.2013 - DAY 1 : seawal 4.30AM kami bertolak ke airport LCCT 2 KK utk flight ke KL. kami transit ja d KLIA. pastu jam 3.30PM baru flight pg Bandung. sampai d bandara (airport) ketibaan kami d sambut oleh pak Ato dgn banner "Miss Najihah" d depan airport. 

selamat tiba d airport HSN Bandung.. 

terus kami d bawa ke Hotel Hyper Inn, d Paskal Hyper Square, Jl. Pasirkaliki, Bandung. website : www.hyperinn.co.id
hotel nya, keren banget! taraf dia 3 bintang kot, tp sangat sempurna sebagai sebuah hotel low-budget. depan rangkaian keretapi dan masjid. confirm terbangun utk solat subuh, depan depan masjid ja hotel ni. (bagi bilik yg menghadap rel keretapi la). hotel ni nampak mewah tp budget. (very recommended)
lepas check-in pak Ato bawa kami makan ke.. Restoran Belacan d Jl. Riau, Bandung. sebenarnya sy da terlupa nama restoran. terpaksa google balik restoran yg ada serve Nasi Ayam Penyet. hihi. restoran ni daebak!, pedas sangat sambal dia, masa ni perut masih kebal tahan lada. haha. jus karot nya pun sedap. pelayan restoran pun hensem. haha. 
Nasi Penyet Restoran Belacan.. kebanyakkan kedai makan serve sayur d atas..
kemudian balik hotel semula dan berehat. besok acaranya mula jam 9 AM ya d Pasar Baru.

18.Nov.2013 - DAY 2 : acara pagi d mulai dgn shopping d Pasar Baru Bandung. d Indonesia ada banyak Pasar Baru (PB) satu yg paling femes d Bandung dan d Jakarta (seperti pasar/tamu malam) Passer baroe.
pemandangan Bandung dari parkir kereta d bangunan Pasar Baru 

pria yg namanya Ben sahaja yg bawa kami round Pasar Baru. dia siap tolong angkatkan barang barang kami lagi. aduh pak, pada semuanya berat banget tu. maaf. apa nda, dr tingkat bawah sampai tingkat atas kami shopping. dr kedai kain, baju, patung (boneka), tudung, beg, kain batik, semua kami bedal. haha. sapa suruh bawa kami singgah sana. apa apa pun kami sangat terhutang budi sama Ben yg kami pun taktau berapa umur, tapi rasanya dia lebih tua dr kami, gantengbujangbaikhati lagi, haaa. sanggup tunggu kami pilih kain, baju, tudung. perempuan kan. dan jaga keselamatan kami, sediakan refreshment masa d kedai serta info info nya. makasih banget ya pak. dia tak mengharapkan tips, tp penat dan masanya tu kena bayar la kan. =) ohya, baru perasan, kebanyakkan kedai d PB, dorang akan sediakan air sirap, air mineral atau gula gula kalau kita lama d dlm kedai tu.. (refreshment) best kan.
ikan Gurame, sayur tu macam jeruk timun, dan kangkung kali haha (PB)
acara last d PB ialah makan. d Lantai 6 banyak kedai makan, kami pilih menu Ikan Gurame dgn sayur.. serta jus alpukat. sedap. masa ni Alhamdulillah perut masih utuh. heheh
Bandung street
Trans Studio! tengah hari kami bertolak ke sini d bawa sama pak Ato. tiket masuk ke Trans Studio ni RP 150,000.00 (weekdays) dan RP 250,000.00 (weekend). kalau korang mau masuk tempat tempat dlm TS ni tanpa berbaris, boleh la beli tiket VIP Access, masuk terus tanpa perlu berbaris. tapi rasanya kalau duk setengah hari dlm TS ni pun dah berbaloi dan tak perlu korbankan duit rupiah sangat utk beli VIP Access punya tiket pon. ohya, 1 lagi, beg akan d periksa sebelum masuk TS ni. jadi jangan terkejut la memang dorang cek isi dalam beg punya.
Trans Studio Bandung
dlm TS ni, pergi saja mana mana dan boleh main dgn percuma. antara yg sempat kami masuk yg ada pokok besar Jack & the Beanstalk tu, tak ingat nama tempat tu. 
on the way masuk kawasan pokok Jack & The Beanstalk tu
caution: bagi sesiapa yg ada darah tinggi (ka tinggi darah) or heart-attack, dan senang dapat sawan dsb lebih baik round round TS saja la. sebab semua permainan dlm TS ni menyayat hati dan jantung. rasa mcm mau tercabut saja jantung ini. start dari pokok Jack & The Beanstalk tu, Dunia Lain (Rumah Hantu) memang level hantu dlm filem Indonesia, kamu tau juga kan macam mana. seram sangat walaupun kami tutup mata dr start masuk sampai habis. dengar bunyi pun..ya ampun..nda sanggup mau buka mata. part paling last tetiba ada orang kacau telinga kanan, apa lagi terus teriak. pekerja d rumah hantu pun macam neves ja tengok kami. hahaa
pastu kalau korang naik sampan yg meluncur d air tu, pastikan itu benda TERAKHIR kamu naik, sebab confirm basah. tutup beg dan tapuk la d tepi yg rasa rasa tak kena air. hari tu kami masuk sana berbasah basah seluar jeans dan baju serta tudung. nasib orang tak kenal kami.
ini la permainan yg adventure apa ntah, habis basah pakaian..
ada juga permainan yg naik atas tempat duduk berbentuk dragon tu, itu pun rasa macam kerusi tu macam mau tercabut ja. aduh. sakit jantung oh. ada dua orang kawan saya try permainan yg menghayun tinggi pastu dia berpusing d atas, astagaa, nasib saya nda naik itu. oleh sebab "bukan selalu" pegi Trans Studio, maka saya memberanikan diri main semua permainan dlm TS ni. kamu pun try la mana mana yg kamu berani.. heheh
dlm TS juga ada muzium Sains dan Teknologi, tak ramai orang pegi sini, tapi bagus la utk student dan budak budak sekolah. 
pukul 4.00PM ada theater show. dorang punya effect, ada acrobatic lagi, lakonan dorang pasal zaman dahulu. mantap!
teater
pukul 5.00PM ada street-show, semua pengunjung akan d arahkan utk duduk d tepi jalan dlm TS tu pastu tengok persembahan maskot, duyung, MJ, Charlie Chaplin, macam macam lagi la, best!
antara show d street of TS 
malam nya.. kami d bawa oleh pak Ato ke Jalan Riau. apa lagi pegi masuk semua FO dan sempat la juga menyimbat pakaian tidur. hahaa. sebab tak bawa baju banyak dari Malaysia. kemudian makan d BMK - Baso Malang Karapitan. kami pun try makan baso asli, biasanya makan baso d Tuaran. memang lain rasanya, ada mihun campur mi kuning kalau order Baso Malang Super Komplit. 
Baso Malang Super Komplit, ya komplit sekali ya 2 in 1
Alhamdulillah, harga makanan d sini lebih kurang harga makanan d Malaysia, cuma restoran d sini lebih bersih dan selesa, ala ala taraf 3 bintang dengan harga makanan yg berbaloi. tak sangka harga makanan lebih kurang ja sebenarnya.. 

antara kedai pakaian, kain dsb d Pasar Baru yg ada Facebook dan biasa d kunjungi oleh pelancong Malaysia
Kedai kain sulam -
Facebook Like Page : Sir Cinta Citra Busana
Owner FB : Sir Cinta Citra Busana

Owner FB : Aurelia Textile

d atas ni antara kedai yg kami pergi, (kena bawa la) maybe banyak lagi kedai lain..kain sulam standard price dorang jual RM 30.00 (dorang terima duit RM juga) tapi lebih untung korang beli kain dgn duit RP yer..

..bersambung Part 3.. Tangkuban Parahu, Kebun Teh, Kebun Strawberi, Kampung Daun, Toko Tiga dan FOs..

If you all need any tour service in Bandung such as transportation, tour guide, accommodation, etc you can contact us by +62 82154050790 (also used for whatsapp account) or Blackberry pin 27F4916F.  

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete